Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Geng Kubur – Gavin Yap Pertaruh Empat Bakat Baharu
 Geng Kubur – Gavin Yap Pertaruh Empat Bakat Baharu
Santai Semasa

Geng Kubur – Gavin Yap Pertaruh Empat Bakat Baharu

by VOKALIS 19/04/2024 623

Pengarah filem Geng Kubur Gavin Yap berani mengambil risiko mempertaruhkan empat muka baharu bagi mendukung watak penting dalam filem itu.

Kongsinya, mereka yang diberikan kepercayaan ialah Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran diambil melalui saringan uji bakat.

“Jalan cerita yang menarik mesti mempunyai watak yang kuat. Jadi kami memilih mereka ini kerana ‘chemistry’ yang kuat antara satu sama lain,” katanya dalam sidang media selepas prebiu filem itu.

Menurutnya dari aspek jalan cerita, penonton Malaysia biasanya disajikan dengan ‘typical horor’.

Justeru dalam pembikinan filem ini dia ingin membawa sesuatu yang unik dan baru dari filem seram biasa di Malaysia.

“Kami perlu lebih kreatif untuk menghasilkan jalan cerita kerana ia bukan mudah untuk dipasarkan kepada penonton. Filem Geng Kubur ini adalah mencabar kerana ia bukan filem seram biasa, ia lebih kepada ‘psychological horor’ elemen.

Sementara itu, Michael Chen berkongsi penggambaraan Geng Kubur ini mengambil masa hanya selama 22 hari kerana komitmen pelakon terbabit.

Dia menambah kos pembikinan keseluruhan untuk menghasilkan Geng Kubur adalah sebanyak RM1.2 juta.

Filem Geng Kubur ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam bermula 25 April. ⁠- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya

by thevokal 21/12/2025 22

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser

Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 37

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 61

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.