Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hanya Kerana Terkencing Di Sofa – Lelaki Pukul Anak Dan Isteri Hingga Cedera 
 Hanya Kerana Terkencing Di Sofa – Lelaki Pukul Anak Dan Isteri Hingga Cedera 
Semasa

Hanya Kerana Terkencing Di Sofa – Lelaki Pukul Anak Dan Isteri Hingga Cedera 

by VOKALIS 04/01/2024 429

Hanya kerana anaknya berusia tiga tahun terkencing di atas sofa di ruang tamu rumah, seorang bapa tergamak memukul kanak-kanak itu sehingga cedera. 

Suspek berusia 29 tahun itu yang berang turut memukul isterinya dalam kejadian di Taman Putra Damai, Lembah Subang, Selangor, Ahad lalu.

Kejadian pada pukul 11.50 pagi itu berlaku selepas lelaki berusia 29 tahun tersebut gagal mengawal kemarahannya lalu bertindak memukul anak serta isterinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata akibat mengalami kecederaan fizikal, isteri serta anak suspek telah tampil membuat laporan polis ekoran kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid

“Susulan itu, polis menahan suspek dan direman bermula kelmarin hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.– THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang

by thevokal 22/10/2025 46

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa berita gembira kepada peminat muzik serantau apabila

Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 77

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 60

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.