Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Cayalah Proton! – Catat Jualan Terbaik Sejak 2012
 Cayalah Proton! – Catat Jualan Terbaik Sejak 2012
Semasa

Cayalah Proton! – Catat Jualan Terbaik Sejak 2012

by VOKALIS 03/01/2024 441

Lebih empat dekad lalu cita-cita Tun Mahathir untuk melahirkan kereta nasional pertama pernah ditertawakan. Namun, ternyata misi negarawan itu realistik dan kini Proton semakin gemilang. 

Terbaru, pengeluar kereta nasional, Proton berjaya menutup tahun 2023 dengan mencatatkan prestasi jualan terbaiknya sejak 2012 apabila mencapai pertumbuhan jualan terbaik bagi lima tahun berturut-turut.

Sebanyak 154,611 unit kereta berjaya dijual tahun lalu prestasi terbaik Proton sejak 2012 dengan jumlah jualan meningkat sebanyak 9.3 peratus berbanding 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, 2023 adalah satu lagi tahun yang mencatat rekod bagi industri automotif kerana jumlah jualan melonjak sebanyak 10.3 peratus berbanding jualan tertinggi yang dicapai hanya dua belas bulan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong

“Proton berterima kasih atas sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap produk kami dan kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyampaikan lebih daripada sekadar kenderaan mampu milik kerana kami juga menekankan reka bentuk yang bergaya, teknologi canggih, dan komitmen yang kuat terhadap keselamatan dalam semua model Proton.

“Menjelang 2024, kami yakin akan mengekalkan momentum ini, disokong pengenalan model baharu kami, S70,” katanya dalam kenyataan.

Selain daripada penawaran produk yang menarik, Proton juga menumpukan perhatian terhadap menambahbaik pengalaman jenama pelanggan di bilik pameran dan pusat perkhidmatan selepas jualan untuk menarik pembeli baharu serta membina kesetiaan dan meningkatkan pengekalan di kalangan pemilik sedia ada. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 12

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 13

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.