THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Saya Masih Trauma, Nak Tidur Pun Payah!” – Pihak Berkuasa Salah Info, Ibu Baru Bersalin Sia-sia Kena Lokap
 “Saya Masih Trauma, Nak Tidur Pun Payah!” – Pihak Berkuasa Salah Info, Ibu Baru Bersalin Sia-sia Kena Lokap
Semasa Sensasi

“Saya Masih Trauma, Nak Tidur Pun Payah!” – Pihak Berkuasa Salah Info, Ibu Baru Bersalin Sia-sia Kena Lokap

by VOKALIS 17/09/2023 336

Seorang ibu muda yang masih dalam tempoh berpantang mengalami trauma apabila berdepan detik hitam terpaksa meringkuk dalam lokap selama empat hari atas dakwaan jenayah dilakukan pihak lain.

Liew Jin Yih atau dikenali sebagai Nichole, 25, mendedahkan, dia baru sahaja dibebaskan pada 7 September lalu setelah didakwa melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah warga Kemboja, Sok Vann Chandy, 28.

Menurut Nichole, dianggarkan seramai 15 hingga 20 anggota polis menyerbu rumah ibunya di Taman Sri Jempol.

“Ia amat mengejutkan, saya ditahan reman kerana dilaporkan melakukan penderaan terhadap pembantu rumah saya, Chandy,” dedah Nichole kepada media ketika ditemui dalam satu sidang media di Bandar Bukit Puchong, baru-baru ini.

Tambah mencurigakan kata Nichole, sepanjang empat hari tempoh reman berlalu, tiada seorang pun anggota polis mengambil keterangan daripadanya memandangkan itu adalah prosedur soal siasat.

Laporan polis yang dibuat Nichole setelah merasakan dirinya teraniaya,

“Sebelum ini mereka beritahu bahawa penahanan saya adalah di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Sedia maklum, ia satu jenayah berat dan besar. Jadi, kenapa polis langsung tidak menyoal siasat saya?” getusnya keliru.

BACA: Ibu Dalam Pantang Trauma Lalui Detik Hitam Disumbat Empat Hari Dalam Lokap Tanpa Usul Periksa

Usai dibebaskan, keluarga serta kenalannya telah mendapatkan khidmat peguam untuk merujuk kes dihadapi Nichole ke beberapa pihak berwajib bagi mendapatkan penjelasan sebenar asbab dia ditahan.

Selepas beberapa hari kes itu dipanjangkan, hasil penilitian mendedahkan bahawa amah berusia 28 tahun berkenaan rupa-rupanya membuat laporan terhadap majikan terdahulu, sebelum Chandy mula bertugas di rumah Nichole di Puchong.

Nichole (kiri) ditemani majikannya yang prihatin dan simpati atas insiden dilalui oleh kakitangan syarikatnya itu.

Nichole yang mengakui kakinya sering berasa kebas akibat kesejukan tidur pada setiap malam, apatah lagi kondisi tubuhnya yang masih lemah selepas bersalin bagaimanapun enggan menuding jari menyalahkan sebarang pihak.

“Saya masih terkejut, nak pejam mata pun payah masa nak tidur kerana masih teringat pengalaman duduk dalam lokap.

Chandy mendakwa majikan lamanya telah mendera, menganiaya dan menyekat kebebasannya.

“Saya suarakan hal ini bukan untuk menuntut keadilan dengan menyabitkan pihak-pihak tertentu, sebaliknya sekadar memberi peringatan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi kepada sesiapa,” tegasnya.

Pun begitu, Nichole menerangkan, hal tersebut masih lagi dipertimbangkan untuk dibawa ke muka pengadilan ataupun sebaliknya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.