Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Harimau Malaya Gugup – Kim Pan-gon Mohon Maaf
 Harimau Malaya Gugup – Kim Pan-gon Mohon Maaf
Semasa Stadium

Harimau Malaya Gugup – Kim Pan-gon Mohon Maaf

by VOKALIS 16/01/2024 607

Selepas hampir dua dekad tidak beraksi di pentas besar Piasa Asia,  membuatkan skuad Harimau Malaya gugup sehingga gagal mengawal permainan. 

Aksi pertama mereka dalam edisi kali ini tidak menjadi hingga dibelasah 0-4 oleh Jordan dalam Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui kegugupan dan penampilan kali pertama di pentas tertinggi Asia itu selepas 2007 menyaksikan anak buahnya tidak mampu menghalang jentera serangan Jordan yang cukup ampuh.

Lantaran, Pan-gon turut memohon maaf di atas kekalahan itu kepada seluruh penyokong setia skuad Harimau Malaya.

Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon

“Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan,” katanya. 

Katanya lagi, Jordan yang menghuni ranking 87 dunia itu bermain lebih baik daripada skuad kendaliannya.

“Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, mereka persembahkan aksi terbaik malam ini. Secara fizikal dan taktikal mereka lebih baik,” katanya.

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan E, dan selepas ini akan turun menentang Bahrain pada Sabtu ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 101

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 117

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 114

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.