Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hati-Hati Dalam Kapal Terbang – Ada Sindiket Curi Beg Penumpang
 Hati-Hati Dalam Kapal Terbang – Ada Sindiket Curi Beg Penumpang
Semasa Sensasi

Hati-Hati Dalam Kapal Terbang – Ada Sindiket Curi Beg Penumpang

by VOKALIS 14/12/2023 429

Dalam keterujaan dan mood percutian hujung tahun, mereka yang menggunakan kapal terbang untuk ke destinasi masing-masing perlu lebih berhati-hati ketika dalam penerbangan.

Seorang bekas pramugara syarikat penerbangan mendedahkan wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang pengguna TikTok, Atif Zul berkata, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.

“Kalau dulu ada pengumuman khas melibatkan penerbangan ini yang mana kita suruh laporkan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.

“Jadi, ini adalah isu yang sangat biasa kalau penerbangan yang panjang,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Tambahnya, beg berjenama turut menjadi sasaran sindiket itu selain menasihati penumpang agar tidak menyimpan wang dalam jumlah yang besar.

“Secara realitinya, ini hakikat kalau bawa beg yang berjenama lebih-lebih lagi di dalamnya ada wang tunai pula yang menunjukkan kemewahan seseorang. Secara tidak langsung ia mencuri perhatian sindiket.

“Cadangan saya, letak beg anda bertentangan dengan tempat duduk supaya boleh nampak dengan jelas kalau orang selongkar.

“Kalau letak di ruangan atas kepala penumpang, anda tak akan tahu kalau ada orang cuba selongkar beg atau buat apa,” ujarnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang

by thevokal 22/10/2025 34

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa berita gembira kepada peminat muzik serantau apabila

Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 75

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 55

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.