Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zayn Rayyan Masih Hidup Pada 5 Petang – Saksi Nampak Mangsa Lima Jam Lepas Hilang
 Zayn Rayyan Masih Hidup Pada 5 Petang – Saksi Nampak Mangsa Lima Jam Lepas Hilang
Semasa

Zayn Rayyan Masih Hidup Pada 5 Petang – Saksi Nampak Mangsa Lima Jam Lepas Hilang

by VOKALIS 14/12/2023 763

Allahyarham kanak-kanak malang, Zayn Rayyan, 6, masih hidup lima jam selepas dilaporkan hilang pada hari kejadian, 5 Disember lalu. 

Kanak-kanak autisme itu dilihat masih hidup oleh dua saksi selepas lima jam dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kanak-kanak autistik itu dilihat masih hidup sekitar jam 5 petang, 5 Disember lalu di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

“Melalui mass screening yang dilaksanakan kita mengenalpasti dua kanak-kanak yang melihat mangsa di tingkat dua dan tingkat tiga Blok R pada petang 5 Disember,” katanya.

Hussein menerusi sebuah portal berita dilaporkan berkata, dua kanak-kanak itu melihat Zayn antara jam 5 hingga 5.30 petang berseorangan di koridor.

Waktu itu ialah kira-kira lima jam selepas Zayn dilaportkan hilang pada jam 12.30 tengah hari.

“Setakat ini, polis sudah mengumpulkan 238 sampel DNA,” katanya.

Mayat Zayn ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam.

Mangsa disahkan dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan badan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 11

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 273

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.