Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Hetty Koes Endang Ni Kenapa… Apa Masalah Dia?” – Gara-Gara Bandingkan Nyanyian Kisah Hati
 “Hetty Koes Endang Ni Kenapa… Apa Masalah Dia?” – Gara-Gara Bandingkan Nyanyian Kisah Hati
Selebriti Semasa Sensasi

“Hetty Koes Endang Ni Kenapa… Apa Masalah Dia?” – Gara-Gara Bandingkan Nyanyian Kisah Hati

by VOKALIS 11/12/2023 468

Selepas pernah membuatkan netizen tidak puas hati dengan tindakannya menukar cara nyanyian lagu Exist sebelum ini, Hetty Koes Endang mengundang kemarahan apabila dengan selamba membandingkan nyanyian lagu Kisah Hati. 

Hetty memuji nyanyian Siti Nordiana yang disifatkan lebih baik membawakan lagu berkenaan berbanding penyanyi asalnya Datin Alyah. 

Hetty yang juga seorang daripada juri pada konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) malam tadi disifatkan tidak beradab kerana membuat teguran itu di hadapan penyanyi asal itu yang juga isteri kepada juri tetap Datuk Ramli MS. 

Berang dengan hal tersebut, ramai menyifatkan Hetty tidak realistik kerana pastinya penyanyi asal lebih hebat menyampaikan lagu sendiri berbanding artis lain.

Memetik laporan HibGlam, ada juga yang kecewa dan mempersoalkan rasional Hetty mengeluarkan komen sedemikian sehingga mengheret Nana menjadi sasaran kecaman.

“Nyanyian Alyah sejuta kali lebih sedap daripada Nana! Tolong baca Bunda cuci mata dan telinga.

“Walaupun bukan peminat Alyah, saya tetap bersetuju Alyah menyanyian Kisah Hati lebih baik daripada Nana,” komen netizen.

Tindakan Hetty itu juga membuatkan semua pihak menuntut dia tidak lagi dipilih sebagai juri pada musim akan datang. 

Sementara itu, Alyah yang juga isteri kepada ketua juri GV10, Datuk Ramli MS turut mengulang siar sebuah hantaran InstaStory memaparkan luahan hati peminat yang tidak berpuas hati dengan komen Hetty.

“Tidak perlu ‘downgrade’ penyanyi asal sampai macam itu.

“Agak-agaklah lebih baik. Mengarut! Menurut aku,” komen netizen lagi.

Bukan itu sahaja, peminatnya turut ‘menyelongkar’ dan memuat naik video persembahan Alyah mempertandingkan lagu Kisah Hati pada Anugerah Juara Lagu ke-26 iaitu sekitar tahun 2012.

Pada konsert akhir semalam, Nana berada di kedudukan terakhir daripada lapan orang peserta dengan kutipan markah sebanyak 61.14 peratus. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 280

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 427

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 289

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.