Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hot Daddy Didakwa Lagi – Jual Rakaman Video Lucah
 Hot Daddy Didakwa Lagi – Jual Rakaman Video Lucah
Semasa

Hot Daddy Didakwa Lagi – Jual Rakaman Video Lucah

by VOKALIS 04/03/2024 727

Seorang bapa kepada tiga anak yang tular dengan nama Hot Daddy didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menjual rakaman video lucah dua bulan lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua wanita yang tular dalam aplikasi X.

Bagaimanapun tertuduh-tertuduh Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli ,32, serta dua rakan wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Memetik laporan Kosmo! mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Siasatan Jenayah (D7) Bukit Aman, di sini antara pukul 11.47 malam dan 11.54 malam pada 15 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak, Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pukul 4 petang pada 22 Januari lalu yang mana dua tertuduh itu dihukum mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,00 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh Ikhwan Arif dan Norhidayah masing-masing diikat jamin RM9,000 bagi dua pertuduhan iaitu di Mahkamah Majistret dan Sesyen manakala tertuduh Norshazrina dibenarkan dengan jaminan RM4,000 bagi satu pertuduhan di Mahkamah Majistret.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 April ini bagi sebutan semula kes semua pertuduhan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.