Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘1001 Tales Of Ariani’ – Gemilang Koleksi Lebaran 2024
 ‘1001 Tales Of Ariani’ – Gemilang Koleksi Lebaran 2024
Semasa

‘1001 Tales Of Ariani’ – Gemilang Koleksi Lebaran 2024

by VOKALIS 04/03/2024 657

Jenama fesyen terkemuka Malaysia, Ariani menampilkan koleksi terbarunya dalam pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’, baru-baru ini.

Selain pelancaran koleksi Lebaran 2024 pentas fesyen itu turut mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, melahirkan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia Ariani dan menekankan komitmen menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed,
dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe iaitu rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

Kesemua koleksi tudung Ariani Lebaran 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

Pertunjukan fesyen itu turut memperlihatkan seleksi pakaian Aryan seperti baju Melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Segmen Ariani RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan.

Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 6

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.