Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hujan Oh Hujan, Kenapa Tak Turun-Turun? – Penduduk Kelantan Risau
 Hujan Oh Hujan, Kenapa Tak Turun-Turun? – Penduduk Kelantan Risau
Semasa

Hujan Oh Hujan, Kenapa Tak Turun-Turun? – Penduduk Kelantan Risau

by VOKALIS 02/05/2024 630

Penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang mula melahirkan rasa risau apabila negeri itu sudah tidak menerima hujan sejak dua bulan lalu.

Lebih membimbangkan rata-rata mendakwa situasi itu menyebabkan paras sungai-sungai utama mulai susut.

Memetik laporan Kosmo! di media sosial mendapati, cuaca panas yang tiada kesudahan itu telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk apabila sumber air mereka juga teruk terjejas akibat kemarau.

Menurut seorang penduduk di Ketereh, Jue Redzwan melalui laman Facebooknya, dia mengakui terkesan dengan situasi itu sehingga terpaksa ‘memunggah air’ untuk menyempurnakan rutin harian.

“Dugaan Allah bagi dekat dua bulan dah kemarau panjang ni. Pakat munggah air belaka dah sek kita. Air telaga pun kering, hari-hari basuh baju di dobi saja lah,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook lain, Nur Shafira berkata, bahang panas kemarau itu bukan sahaja terasa pada waktu siang malah mereka juga terpaksa tidur malam dalam keadaan berpeluh.

“Pukul 2.25 pagi bangun mandi lagi, panas dooh (sangat) masa ni pun berpeluh. Sudah lah waktu malam pun berpeluh juga. Semoga hujan turun di bumi Pasir Puteh, kemarau panjang panas terik loni (sekarang),” ujarnya.

Malah, situasi ini juga dilihat bertambah buruk apabila kekurangan sumber air dan panas yang melampau menyebabkan hasil tanaman juga tidak menjadi.

“Sekitar kawasan ni (Kampung Tok Junoh, Pasir Puteh) boleh kata kritikal. Sungai pun kering, dimaklumkan hasil kerseluruhan musim ni boleh dikatakan hilang hampir 50 peratus kawasan yang tidak dapat dituai,” kata Naim Omar di Facebooknya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 9

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 25

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 58

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.