Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. MARA Buka Permohonan – Taja Calon Sarjana Dan PhD
 MARA Buka Permohonan – Taja Calon Sarjana Dan PhD
Semasa

MARA Buka Permohonan – Taja Calon Sarjana Dan PhD

by VOKALIS 02/05/2024 533

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).

Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memperuntukkan RM2 bilion kepada 2,000 pelajar berkelayakan dalam usaha memperkasakan pendidikan Bumiputera.

“Komitmen kami di Mara untuk terus menghantar pelajar-pelajar mengikuti pengajian sama ada di peringkat Sarjana atau PhD kerana kita melihat ini satu pelaburan masa depan yang baik untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Mara Bersama Rakyat 2024 dan Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Kecil Pengkalan Hulu di Dataran Arena, Gerik.

Memetik laporan Bernama, dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata, Mara tidak meletakkan sebarang kuota terhadap kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama penuh di negara ini.

Katanya, pendekatan itu dianggap adil selain memberi peluang kepada semua pelajar berkelayakan tanpa mengira latar belakang.

“Saya mengambil pendekatan tidak ada kuota tetapi memberi keutamaan kepada mereka (pelajar Orang Asli). Kalau kita letak kuota macam kita mengehadkan peluang mereka. Secara dasarnya, kita nak pastikan lebih ramai boleh masuk MRSM termasuk Orang Asli,” katanya.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 217

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.