Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Ibu Ziana Zain meninggal dunia akibat kanser hati, empat bulan selepas pemergian bapa
 Ibu Ziana Zain meninggal dunia akibat kanser hati, empat bulan selepas pemergian bapa
Selebriti

Ibu Ziana Zain meninggal dunia akibat kanser hati, empat bulan selepas pemergian bapa

by thevokal 25/12/2025 101

Takziah diucapkan buat penyanyi popular Ziana Zain dan Anuar Zain apabila sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Ibu tercinta, Robiah Abdul disahkan meninggal dunia selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser hati, hanya empat bulan selepas pemergian suami tercinta.

Ziana Zain, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain yang kini berusia 56 tahun, mengesahkan ibunya menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 10.42 malam tadi di Hospital KPJ Klang.

Menurut laporan Kosmo, Allahyarham Robiah Abdul meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat komplikasi kanser hati.

Menurut Ziana, Allahyarham ibunya sebelum ini telah lama bertarung dengan kanser hati sebelum penyakit tersebut merebak ke beberapa organ dalaman lain termasuk usus dan buah pinggang.

Ziana turut memaklumkan keadaan kesihatan ibunya semakin merosot sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan tubuh badan arwah menjadi semakin lemah.

Jenazah dijangka akan dikebumikan pada pagi esok sekitar jam 10 pagi ini selepas semua urusan hospital selesai.

Sebelum ini, keluarga Ziana Zain turut berdepan kehilangan besar apabila bapa kepada Ziana dan penyanyi Anuar Zain, Zain @ Zin Abdullah, meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 26 Ogos lalu kira-kira jam 3.32 petang.

Pemergian ibu dan bapa dalam tempoh yang singkat pastinya memberi kesan mendalam buat Ziana Zain dan seluruh ahli keluarga, sekali gus mengundang simpati ramai terhadap ujian berat yang sedang dihadapi penyanyi lagu Madah Berhelah itu. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 19

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 39

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 73

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.