Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. ‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’ – Shiha Zikir henti operasi cawangan Shah Alam demi masa depan
 ‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’ – Shiha Zikir henti operasi cawangan Shah Alam demi masa depan
Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’ – Shiha Zikir henti operasi cawangan Shah Alam demi masa depan

by thevokal 15/12/2025 126

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam, Selangor, bukanlah satu kegagalan, sebaliknya satu langkah berani untuk bangkit dengan perancangan yang lebih kukuh.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shiha memaklumkan bahawa cawangan tersebut telah menamatkan operasi hari ini, baginya bukan satu keputusan mudah, namun dibuat demi kebaikan jangka masa panjang.

“Dengan hati yang berat, Shiha ingin memaklumkan bahawa cawangan Seksyen 7, Shah Alam telah menamatkan operasi. Keputusan ini bukan mudah, tetapi saya percaya ia adalah langkah terbaik buat masa ini,” katanya.

Walaupun cawangan tersebut dihentikan operasi, Shiha menegaskan bahawa cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan setia.

“Jangan risau, cawangan Kampung Baru masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua,” ujarnya.

Menurut Shiha, dunia perniagaan menuntut keberanian untuk mencuba, gagal dan bangkit semula, termasuk berani membuat keputusan besar pada masa yang tepat.

“Dalam bisnes, kita kena berani try and error. Selepas hampir dua tahun, saya rasa kena hentikan operasi dulu dan cari lokasi yang lebih strategik dan boleh untung.

“Ini bukan bermaksud saya ‘down’ atau lemah semangat. Sebaliknya, ini satu proses untuk bangkit semula. Daripada terus menanggung kerugian, lebih baik saya ambil langkah ini dan susun semula perancangan,” jelasnya.

Shiha turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pelanggan setia khususnya mereka yang sering membuat pesanan melalui platform online.

“Sokongan pelanggan, terutamanya pelanggan tetap di Shah Alam, benar-benar menyentuh hati saya. Ia beri semangat untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Kalam dan Jagakan Dia ini menjelaskan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada cawangan di Kampung Baru.

Dalam masa yang sama Shiha akan terus mencari lokasi baharu yang lebih sesuai untuk fasa seterusnya.

“Sekarang saya fokus dulu di Kampung Baru. Insya-Allah, saya percaya akan ada jalan yang lebih baik selepas ini,” tambahnya lagi. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 28

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 46

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 54

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.