Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Inilah JalanNya, Sutera & Santai – Pilihan The Vokal Dominasi AJL38
 Inilah JalanNya, Sutera & Santai – Pilihan The Vokal Dominasi AJL38
Selebriti Semasa

Inilah JalanNya, Sutera & Santai – Pilihan The Vokal Dominasi AJL38

by VOKALIS 03/03/2024 549

Malam ini bakal menjawab teka teki lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai pemilik gelaran Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) di Axiata Arena Bukit Jalil.

Daripada 12 lagu yang bertanding ramai yang sudah membuat pilihan dan telahan masing-masing mengikut kesukaan dan potensi lagu itu sendiri.

THE VOKAL melihat tiga lagu ini mempunyai peluang dan kredibiliti bergelar jaguh AJL38 menerusi keseimbangan komposisi, lirik dan mood karya yang dihasilkan.

Tiga lagu pilihan ini mempunyai kelebihan dari semua aspek termasuk penerimaan dalam kalangan pendengar selain memiliki suntikan kelainan dan lari jauh dari klise lagu-lagu yang pernah didengari.

Klise pada istilah penulis ialah lagu dengan susunan muzik lebih kurang dan pernah dihasilkan, elemen yang sama dan penceritaan yang serupa.

Jangan salah faham, bukan tidak sedap atau tidak bagus tetapi resipi sama yang diulang hidang dengan sedikit perhiasan berbeza.

Berbanding tiga lagu yang menjadi pilihan telinga penulis ialah kelainan serta karya baharu serta lari dari acuan yang sama.

Sutera nyanyi Aisha Retno, Inilah JalanNya oleh Kugiran Masdo dan Santai yang disampaikan Naqiu paling cukup haul dan pakej untuk diangkat sebagai antara yang terbaik.

Dua lagi lagu yang dilihat ada kelebihan ialah lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari, begitu menenangkan dan membelai jiwa dengan mesej yang sangat kuat.

Waktu nyanyian duo diva Ziana Zain dan Hasif Upin karya komposer gabungan anak muda juga menghidangkan karya menarik serta mesra pendengar.

Dari segi vokal pilihan penulis pastinya antara Ernie Zakri dan Aina Abdul yang mempunyai kekuatan masing-masing. Pada Aina, kena sangat berhati-hati kerana Jangan Mati Rasa Itu mempertaruhkan akrobatik vokal yang sangat mencabar, Aina kena relaks dan tidak mustahil dia mampu melakukannya.

Ernie juga mempunyai senjata hebat dengan elemen whistle signatur Mariah Carey yang mampu diterjemahkan oleh penyanyi ini dengan baik sekali dalam alunan lagu Astana.

Marsha dan Naqiu boleh menyukarkan misi kedua-dua mereka kerana pelantun lagu Darah serta Santai ini, ada kebolehan tersendiri.

Kategori persembahan mempunyai peluang yang terbuka buat semua yang bertanding, Shiha Zikir menerusi lagu Kalam antara yang disebut-sebut.

Tetapi, harus diingat reputasi Aina dan Naqiu yang kreatif dalam persembahan pentas mereka.

Segalanya terpulang kepada juri yang diberikan amanah pada malam ini. Pastinya masing-masing ada pilihan peribadi tersendiri.

Rezeki menjadi penentu segalanya.

Ramalan AJL38

Juara Lagu: Sutera
Kedua: Inilah Jalannya
Ketiga: Santai

Vokal Terbaik : Ernie Zakri
Persembahan Terbaik : Aina Abdul

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 49

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 59

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 63

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.