Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Ziana Zain Kembali Memukau di AJL38 – Selepas Kali Terakhir 2008
 Ziana Zain Kembali Memukau di AJL38 – Selepas Kali Terakhir 2008
Selebriti Semasa

Ziana Zain Kembali Memukau di AJL38 – Selepas Kali Terakhir 2008

by VOKALIS 03/03/2024 647

Diva Ziana Zain yang kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) memukau penonton dengan persembahan bertenaga membawakan lagu Waktu.

Ziana yang berduet dengan bakat baharu Hasif Upin mendapat standing Ovation dalam kalangan penonton di Axiata Arena Bukit Jalil sebaik tamat membuat persembahan.

Muncul dalam persalinan ala watak video klip muzik itu persembahan Ziana juga mendapat sorakan setiap kali berjaya melantunkan nota tinggi.

Hasif juga memberikan paduan suara yang baik dalam persembahan berkenaan.

Ziana muncul kembali selepas 15 tahun tidak beraksi di pentas AJL sebaik penyertaannya di edisi AJL23 pada 2008 menerusi lagu Dingin.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain mengaku gugup, biarpun bersyukur lagu dendangan layak mara ke pentas akhir.

“Lebih-lebih lagi Hasif, kali pertama bersaing di AJL. Hasif beritahu, dia takut. Saya cakap, jangan takut, tengok sahaja muka saya apabila berada di pentas,” katanya.

Single Waktu dihasilkan komposer dan penulis lirik iaitu Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves bersaing dengan 11 lagu lain. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 57

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 63

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.