Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Insiden Pemain Bola Sepak – Rumah Pemain Pertahanan Selangor Dipecah Masuk
 Insiden Pemain Bola Sepak – Rumah Pemain Pertahanan Selangor Dipecah Masuk
Semasa Stadium

Insiden Pemain Bola Sepak – Rumah Pemain Pertahanan Selangor Dipecah Masuk

by VOKALIS 23/05/2024 660

Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani sesi latihan di Pusat Latihan Selangor di sini, semalam.

Menurut laporan polis yang dikongsikan di Instagramnya, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Laporan polis dibuat oleh mangsa pada 11,30 malam selepas pulang dari sesi latihan berkenaan.

“Kira-kira 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan,” katanya dalam laporan polis yang dibuat malam tadi.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika memberitahu akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara hari ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 30

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 38

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 54

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.