Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Insiden Pokok Tumbang – Gangguan Perkhidmatan Monorel
 Insiden Pokok Tumbang – Gangguan Perkhidmatan Monorel
Semasa

Insiden Pokok Tumbang – Gangguan Perkhidmatan Monorel

by VOKALIS 07/05/2024 586

Operasi Laluan Monorel mengalami gangguan perkhidmatan susulan kejadian pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail, berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan, hari ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

“Pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara iaitu dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

“Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan semua stesen Laluan Monorel sudah dilakukan untuk makluman penumpang,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Rapid KL juga sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan berkenaan secepat mungkin.

Rapid KL akan memaklumkan sebarang kemas kini secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih atas kesabaran penumpang,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 57

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 63

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.