Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Insiden Serangan Pemain – Harimau Malaya Tetap Teruskan Perancangan Aksi Kelayakan Piala Dunia
 Insiden Serangan Pemain – Harimau Malaya Tetap Teruskan Perancangan Aksi Kelayakan Piala Dunia
Semasa Stadium

Insiden Serangan Pemain – Harimau Malaya Tetap Teruskan Perancangan Aksi Kelayakan Piala Dunia

by VOKALIS 10/05/2024 632

Insiden serangan membabitkan pemain tidak memberi kesan besar kepada perancangan Harimau Malaya untuk menghadapi baki dua aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Memetik laporan Kosmo!, walaupun tanpa dua pemain, Akhyar Rashid dan Faisal Halim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin tetap percaya pengendali pasukan, Kim Pan-gon mem­punyai resipi berbeza untuk membentuk pasukan terbaik.

“Pan-gon tahu Faisal tidak dapat main, jadi dia akan bersiap sedialah. Mana boleh kita me­nyerah lawan Kyrgyzstan, kita mesti lawanlah. Apa pun saya yakin dengan usaha dan peluangnya masih lagi 50-50.

“Saya sudah bercakap dengan Pan-gon dan dia tahu kita akan berusaha keras. Pan-gon akan kenal pasti siapa yang gantikan Fai­sal dan dia juga akan pantau keadaan (Akhyar) setiap hari.

“Pan-gon juga akan pergi melawat Akhyar pada Jumaat (hari ini) atau Sabtu,” katanya.

Aksi dengan Kyrgyzstan akan dilangsungkan di tempat lawan pada 6 Jun ini sebelum melengkapkan saingan bertemu Taiwan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur lima hari kemudian.

Dalam masa sama, Hamidin juga akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan segala aspek keselamatan dapat dipenuhi sepanjang kem latihan pusat.

“Dia memahami benda ini dan dia pun ambil langkah jaga-jaga. Panggilan kebangsaan selepas ini, kita lebih berhati-hati ter­utama dari segi keselamatan di dalam negara dan luar negara,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 39

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.