
Irma Hasmi Cerai Enam Bulan Lalu – Rakan Pengacara Kongsi Status Terkini
Desas desus ikatan perkahwinan Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer terjawab apabila rakan pengacara, Amin Idris berkongsi mengenai Irma yang sudah bercerai sejak enam bulan lalu.
Dalam hantaran di Instagram (IG), Amin berkongsi kenyataan daripada individu mendakwa dirinya sebagai sahabat kepada Irma yang mengesahkan hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir.
“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Untuk pengetahuan.. Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas. Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat kepada Irma iaitu Reen Emran

Kenyataan itu juga menyebut, Irma dalam keadaan baik bersama anak-anaknya, selain bersyukur kehidupan sahabatnya itu kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.
“Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” tulisnya.
Terdahulu, hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan Nur Hafiza Mohd Salim.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – THE VOKAL