Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kenyataan Rasmi AstraZeneca – Tunggu Masa Terdekat
 Kenyataan Rasmi AstraZeneca – Tunggu Masa Terdekat
Semasa

Kenyataan Rasmi AstraZeneca – Tunggu Masa Terdekat

by VOKALIS 16/05/2024 606

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu vaksin AstraZeneca dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, segala persoalan akan dijawab dan diedarkan dalam kenyataan berkenaan.

“Kita sudah ada jawapan (berkaitan vaksin AstraZeneca dan) akan dijawab serta diedarkan dalam kenyataan media.

“Datuk Ketua Pengarah (Dr Muhammad Radzi) akan mengeluarkan kenyataan rasmi (dalam tempoh terdekat),” katanya pada sidang media menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bila Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan penarikan vaksin AstraZeneca.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph baru-baru ini.

Menurut laporan itu, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasarannya’.

Permohonan menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa mulai 7 Mei. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 49

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.