Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Harimau Belang Mati – Dirempuh Kenderaan
 Harimau Belang Mati – Dirempuh Kenderaan
Semasa

Harimau Belang Mati – Dirempuh Kenderaan

by VOKALIS 16/05/2024 632

Seekor harimau belang dewasa dilaporkan mati akibat dirempuh kenderaan berhampiran Lentang, Bentong, Pahang.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 pagi tadi.

Menurutnya, harimau belang dewasa itu dianggar berusia lebih lima tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Pihak Perhilitan berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap punca insiden dan jantina. Bangkai harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan masih terdapat harimau belang mendiami hutan simpan berhampiran lokasi kejadian. Insiden ini amat mendukakan berikutan bilangan harimau belang di negara ini yang semakin berkurangan,” katanya.

Dalam kejadian 9 November tahun lalu, seekor harimau belang turut mati dilanggar sebuah treler, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung Gopeng.

Harimau belang berusia antara lapan hingga 10 tahun itu adalah haiwan yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 9

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 11

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.