Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kes Adik Zayn Rayyan: Polis Rakam Keterangan Pengasuh
 Kes Adik Zayn Rayyan: Polis Rakam Keterangan Pengasuh
Semasa

Kes Adik Zayn Rayyan: Polis Rakam Keterangan Pengasuh

by The Vokal 03/06/2024 392

Beberapa individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak terbabit pada Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara dipanggil untuk siasatan adalah bekas pengasuh bersama dua ahli keluarganya hari ini.

“Kita (polis) berkemungkinan akan memanggil beberapa individu lain lagi selepas ini bergantung kepada siasatan yang dijalankan,” katanya.

Hussein dilaporkan berkata, rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Terdahulu, polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu yang turut membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu pada Jumaat lalu.

Penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada 10.25 pagi dan perintah reman diperoleh Sabtu lalu.

Kedua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 236

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.