Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kes Zayn Rayyan : Polis Fokus Maklumat Risikan – Mungkin Akan Mulakan Tangkapan
 Kes Zayn Rayyan : Polis Fokus Maklumat Risikan – Mungkin Akan Mulakan Tangkapan
Semasa Sensasi

Kes Zayn Rayyan : Polis Fokus Maklumat Risikan – Mungkin Akan Mulakan Tangkapan

by VOKALIS 09/01/2024 419

Lebih sebulan berlalu dan polis terus giat menjalankan siasatan berhubung kes bunuh membabitkan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini memfokuskan maklumat risikan bagi memperincikan maklumat sedia ada ke arah memulakan tangkapan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (Kredit Harian Metro)

“Saya sudah berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan kita kini ke arah mengumpulkan risikan, mungkin akan memulakan tangkapan ke atas suspek yang kita anggap mempunyai 60 peratus keterangannya yang boleh kita jadikan mana-mana individu sebagai suspek.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula saksi-saksi sebelum termasuk kedua ibu bapa kanak-kanak autisme itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Allahyarham Zayn Rayyan

Tambahnya, motif pembunuhan menjadi cabaran utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Beliau berkata segala usaha siasatan dari segi konvensional, saintifik dan forensik sudah melebihi 90 peratus dijalankan.

“Kita bersungguh-sungguh (dalam siasatan) dan sehingga malam ini masih ada mesyuarat yang dibuat, walaupun masih ada lagi data-data dan laporan forensik yang belum kita terima, mungkin siasatan forensik itu juga berkesudahan dengan negatif.

“(Jadi) sebenarnya kita perlu melihat kepada motif dulu, apa motif dia? Misalnya kes dadah dan cemburu atau pergaduhan kumpulan, kita tahu siapa perlu kita cari.

“Pada masa ini motif sangat penting, Rayyan berusia 6 tahun, dia tidak mempunyai musuh, cuma dia autisme dan kita tidak tahu apa motif untuk dia dibunuh sedangkan dia autisme,” katanya.

Setakat ini, pihak polis merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

Pada 5 Disember lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemui meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Bagaimanapun siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 26

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 100

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 31

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.