Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Komen Jelik Nahas Helikopter – Polis Ambil Tindakan
 Komen Jelik Nahas Helikopter – Polis Ambil Tindakan
Semasa

Komen Jelik Nahas Helikopter – Polis Ambil Tindakan

by VOKALIS 25/04/2024 865

Polis tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang membuat komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas ketika menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik akaun aplikasi X penama Saifuddin Shafiq.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksye 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran tersebut turut dirampas.

Shuhaily memberitahu, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat selain cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam melalui media sosial.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga bolh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan satu laporan polis telah dibuat terhadap pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter tersebut.

Tindakan tersebut dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluar disebabkan tragedi itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 17

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 19

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.