Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Jika Bersalah Hukumlah! – MB Perlis Terbuka Kes SPRM Anak Dan Pegawai Kanan
 Jika Bersalah Hukumlah! – MB Perlis Terbuka Kes SPRM Anak Dan Pegawai Kanan
Semasa

Jika Bersalah Hukumlah! – MB Perlis Terbuka Kes SPRM Anak Dan Pegawai Kanan

by VOKALIS 25/04/2024 529

Jika Bersalah, hukumlah. Demikian reaksi Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhubung anaknya yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya berkaitan pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

“Ini adalah ujian yang sedang saya hadapi dan jika anak (terbukti) bersalah, maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu termasuk juga pegawai saya di mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar.

“Namun, apa pun saya tidak ada rasa gundah gulana dan saya juga tidak ada sebarang prasangka terhadap SPRM sehingga habis siasatan mereka,” katanya ketika berucap dalam ucapan penggulungan Penggal Persidangan Kedua, Mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke 15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Katanya, beliau mengakui kelemahannya dalam pentadbiran negeri disebabkan dirinya terlalu baik dan percaya akan semua orang.

“Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran terlalu baik dan percaya semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.

“Malah salah seorang yang disiasat itu adalah anak saya dan pada pagi (SPRM) datang, mereka geledah rumah saya (di Sungai Padang) kemudian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tempat saya asuh anak-anak dan kemudian bawa anak saya pergi untuk direman.

“Dalam hal ini juga, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka 25 jam (setiap masa) sehari untuk sebarang pemeriksaan SPRM kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih dari unsur tidak baik,” katanya.

Terdahulu SPRM Putrajaya menyambung tempoh reman selama sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 13

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 28

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 61

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.