Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sejam ‘Sold Out’ – Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza
 Sejam ‘Sold Out’ – Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza
Selebriti Semasa

Sejam ‘Sold Out’ – Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza

by VOKALIS 25/04/2024 505

Seperti dijangka, tiket Konsert Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan licin dalam tempoh kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka.

Pada Mac lalu, Siti menganjurkan konsert berskala besar, Sebuah Epitome: Saya Siti Nuhaliza dan akan menghiburkan peminat di Singaoura menerusi Konsert Fenomena pada 28 dan 29 Jun depan.

Kedua-dua konsert itu turut melakar sejarah apabila tiket habis terjual dalam masa yang singkat.

Berkongsi keterujaan terhadap sambutan mengalakkan terhadap konsert, Siti berkata, sokongan itu memberi petanda dirinya harus memberikan yang terbaik kepada penonton konsert itu.

“Terima kasih kepada peminat atas kepercayaan dan sudah dapatkan tiket. Apa yang penting, apabila dapat sambutan dan saya kena bekerja keras untuk memberikan persembahan dengan impak terbaik.

Sokongan peminat beri petanda Siti harus memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton dalam setiap konsert.
Sokongan peminat beri petanda Siti harus memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton dalam setiap konsert.

“Alhamdulillah, terharu dan sangat berterima kasih. Ini pastinya akan memberikan saya, penganjur dan pasukan kerja lebih bersemangat mempersembahkan konsert yang diingati,” katanya.

Memetik laporan BH, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu turut menyifatkan apa yang berlaku adalah usaha keras peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza.

“Saya percaya ramai dalam kalangan peminat terlepas peluang menyaksikan Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza berusaha agar dapat membeli tiket untuk Konsert Cinta Di Awan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 24

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 42

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

Selebriti

FFM34: Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan

by thevokal 01/11/2025 52

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) tahun ini memperlihatkan senarai calon yang cukup pelbagai,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.