Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Langkah Dubai – Polis Rujuk Pejabat Peguam Negara
 Langkah Dubai – Polis Rujuk Pejabat Peguam Negara
Semasa

Langkah Dubai – Polis Rujuk Pejabat Peguam Negara

by VOKALIS 16/01/2024 234

Kertas siasatan episod Langkah Dubai yang tular berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini diserahkan kepada ke Pejabat Peguam Negara (AGC).

Perkara itu disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaklumkan kertas siasatan berkenaan diserahkan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC untuk tindakan seterusnya.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

“Buat masa ini tiada individu lain yang dipanggil untuk dirakam keterangan selain daripada empat individu yang kita panggil sebelum ini,” katanya.

Memetik laporan BH, Mohd Shuhaily berkata, setakat semalam, jumlah laporan polis yang diterima di seluruh negara berkaitan kes itu masih kekal sebanyak 145 laporan.

Polis sudah memanggil empat individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan isu Langkah Dubai selepas mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

Tan Sri Razarudin Husain

Berikutan itu, katanya polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dan suspek utama adalah aktivis politik, Raja Petra Kamarudin.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 242

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 398

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 263

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.