Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Ada Enam Rekod Lampau – Lemas Lari Daripada Polis
 Lelaki Ada Enam Rekod Lampau – Lemas Lari Daripada Polis
Semasa

Lelaki Ada Enam Rekod Lampau – Lemas Lari Daripada Polis

by VOKALIS 01/02/2024 525

Tindakan seorang lelaki berusia 39 tahun yang cuba melarikan diri daripada serbuan polis membawa malang apabila ditemukan lemas selepas terjun ke dalam sungai di Jeti Pengkalan Petah di Bachok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa cuba melarikan diri dengan cara terjun ke dalam sungai dari bot nelayan yang dinaiki dan cuba berenang ke tebing sungai sebelum dipercayai tenggelam.

“Berdasarkan laporan diterima pada 4.36 petang semalam, mangsa cuba melarikan diri dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan Op Tapis Khas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin

Menurut Mohamad Ismail operasi mencari dan menyelamat dibuat dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok bagi mengesan mangsa.

Beliau berkata operasi mencari berjaya menemukan mangsa pada 7 malam iaitu pada jarak 10 meter dari lokasi kejadian.

“Pengecaman mayat juga turut dibuat oleh abang mangsa dan semakan rekod polis mendapati mangsa mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HRPZ II untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Ismail berkata hasil serbuan yang dijalankan, polis menahan dua lagi suspek lain di Jeti Pengkalan Petah tersebut di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan dua lagi tangkapan di Jeti Kemasin mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Katanya semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 1

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 49

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 59

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.