Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat
 Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat
Semasa

Lelaki Rentung Atas Katil – Kebakaran Rumah Flat

by VOKALIS 21/05/2024 653

Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira 8 malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam semalam.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku

by VOKALIS 05/11/2026 10

BEKAS isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah

Semasa

Hadi Awang Sentuh Isu CSA, Ingatkan Pemimpin

by VOKALIS 05/11/2026 21

Presiden  PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan atau

Semasa

Blackmores Perkenal Multivitamin Dengan Habbatus Sauda, Formulasi

by VOKALIS 05/11/2026 17

BLACKMORES Malaysia memperkenalkan multivitamin terbaharunya yang mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral serta habbatus

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.