Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Empat Kenalan Mengaku Bersalah – Masak Di Stesen Minyak
 Empat Kenalan Mengaku Bersalah – Masak Di Stesen Minyak
Semasa

Empat Kenalan Mengaku Bersalah – Masak Di Stesen Minyak

by VOKALIS 21/05/2024 677

Empat individu yang bertindak memasak di sebuah stesen minyak di kawasan Genting Highlands seperti tular di media sosial baru-baru ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bentong.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Bentong hari ini tertuduh yang juga ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran (peniaga kedai makan), Nur Fatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan) dan Nur Anis Salleh (pembantu pergigian) masing-masing berusia 24 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan meminta agar denda dapat dikurangkan kerana masing-masing perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik selain ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.

Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Mei lalu telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 14

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 20

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 256

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.