Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lima Kongsi Gelap Lumpuh – Polis Tumpaskan Gabungan Geng TR
 Lima Kongsi Gelap Lumpuh – Polis Tumpaskan Gabungan Geng TR
Semasa

Lima Kongsi Gelap Lumpuh – Polis Tumpaskan Gabungan Geng TR

by VOKALIS 29/05/2024 659

Polis melumpuhkan gabungan lima kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Geng TR menerusi Op Lima yang dijalankan pada 3 Mei lalu di sekitar Selangor, Johor dan Pahang.

Operasi khas itu dijalankan Bahagian Jenayah Terancang (D14) dengan kerjasama Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam operasi itu, pihaknya menahan 18 individu yang menganggotai Geng 08, Geng 18, Geng 21, Geng 24 dan Geng 36.

“Semua individu berkenaan adalah ahli kumpulan kongsi gelap berkenaan dan aktif menjalankan pelbagai kegiatan jenayah antaranya pembunuhan, pemerasan, pengedaran dadah dan khianat dengan api.

“Kumpulan ini dikesan aktif sejak 2019. Kita masih mengesan 10 lagi individu dipercayai terbabit dalam kumpulan jenayah terancang ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, semua individu yang ditahan dalam operasi itu ditahan mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bermula 3 Mei hingga 28 Mei.

Katanya, 20 individu termasuk dua di Penjara Sungai Buloh akan didakwa mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

“Kita mengesan modus operandi kumpulan ini untuk menjadi ahli kumpulan sudah berbeza, individu yang mahu menjadi ahli perlu melakukan ‘job’ dan akan diterima sebagai ahli.

P”Masih ada lagi saki baki ahli kumpulan yang kami akan kesan dalam masa terdekat dan sudah pasti mereka sudah melarikan diri tetapi kita akan kesan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.