THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lima Tahun Jadi Agong – Bersama Empat Perdana Menteri
 Lima Tahun Jadi Agong – Bersama Empat Perdana Menteri
Semasa

Lima Tahun Jadi Agong – Bersama Empat Perdana Menteri

by VOKALIS 30/01/2024 166

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perkembangan politik semasa mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu mahu menumbangkan kerajaan sedia ada amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara.

“Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong, tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah-belah,” titahnya.

Titah baginda, urusan mentadbir kerajaan bukan mudah dan perubahan mahu dilakukan pihak tertentu sebelum tempoh pemerintahan ini berakhir tidak akan membawa negara ke mana-mana.

“Saya bukan mahu menidakkan mana-mana parti politik, tetapi pengalaman bertukar kerajaan itu satu proses merugikan negara.

“Sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya ada empat Perdana Menteri dan ia cabaran terbesar perlu saya hadapi. Saya berusaha mententeramkan negara dan kekalkan keharmonian serta kestabilan hingga kini.

“Mengurus kerajaan ini bukan mudah, pertukaran tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ini merugikan rakyat dan kewangan negara.

Kredit: FMT

“Kita sudah ada proses demokrasi tertulis pada setiap lima tahun rakyat boleh memilih kerajaan melalui pilihan raya. Jadi biarlah sekurang-kurangnya kerajaan yang ada ini memerintah mengikut tempoh ditetapkan, bukan sekadar satu atau dua tahun dan kemudian menukar sewenang-wenangnya,” titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepemimpinan negara bermula 31 Januari 2019.

Memetik laporan Harian Metro, Al-Sultan Abdullah bertitah, kemelut politik negara hingga membabitkan pertukaran empat Perdana Menteri berbeza sepanjang lima tahun pemerintahan baginda memberi kenangan sukar diterima.

Baginda bertitah, apa yang berlaku membuktikan perubahan dimahukan rakyat dengan khidmat Perdana Menteri dalam tempoh singkat tidak memberi kebaikan langsung kepada negara.

“Jika kita tukar Perdana Menteri setiap tahun, ada Kabinet baharu, ia tak menjanjikan apa-apa. Ini pengalaman saya. Jadi, rakyat perlu bagi tempoh sewajarnya untuk menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan, bukan dalam tempoh setahun dua dan kemudian mempersoalkan prestasi mereka.

Apa yang kita boleh buat dalam tempoh setahun? Jika tukar kerajaan, banyak perubahan berlaku membabitkan dasar dan corak pentadbiran yang akan melambatkan proses pengurusan. Malaysia pula perlu lebih kompetitif supaya tak ketinggalan.

“Pelabur asing akan melihat perkara ini dan ketidaktentuan kestabilan negara boleh menyebabkan mereka takut melabur di Malaysia sedangkan kita perlukan mereka untuk buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” titah baginda.

Susulan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat memahami kepentingan menjaga kestabilan negara untuk jangka panjang dalam usaha memacu perkembangan ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

“Selain bergantung kepada kerajaan, kita perlukan pelabur yang membawa pelaburan besar, tetapi mereka hanya akan bertapak di negara ini jika suasananya kondusif.

“Jika tiada pelaburan asing, kita akan kerugian banyak perkara termasuk kutipan cukai,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.