Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Malaysia Sedia Bantu Jepun – Ekoran Kejadian Bencana Alam Negara Itu
 Malaysia Sedia Bantu Jepun – Ekoran Kejadian Bencana Alam Negara Itu
Sedunia Semasa

Malaysia Sedia Bantu Jepun – Ekoran Kejadian Bencana Alam Negara Itu

by VOKALIS 04/01/2024 618

Kerajaan Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Jepun yang berdepan kejadian bencana alam sejak awal minggu ini. 

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara ini tiada masalah menawarkan sebarang bentuk bantuan diperlukan kepada Kerajaan Jepun selain sokongan untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan

“Walau bagaimanapun, buat masa ini mereka memaklumkan bahawa Jepun mempunyai keupayaan amat baik dan mencukupi,” katanya. 

Mohamad berkata, beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya, Yoko Kamikawa bagi menzahirkan perasaan simpati Malaysia kepada mangsa terbabit.

“Kami juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur dan setakat ini boleh disahkan bahawa semua rakyat Malaysia di sana selamat,”katanya. 

Jepun dilanda bencana gempa bumi dahsyat dengan kekuatan 7.6 skala Magnitud pada Isnin lalu yang menyaksikan kira-kira 81 terbunuh manakala 401 cedera dan 80 hilang serta mengakibatkan 90 peratus bangunan di sana musnah selain ancaman tsunami di pantai.

Ini diikuti keesokannya pelanggaran pesawat bantuan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dengan pesawat komersial Japan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda dengan lima daripada enam kru pesawat agensi tempatan itu terbunuh manakala kesemua 367 penumpang dan 12 anak kapal pesawat domestik itu berjaya menyelamatkan diri. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.