THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sebar Gambar Bogel Punca Suspek Bunuh Mangsa – Kes Mayat Tanam Belakang Rumah
 Sebar Gambar Bogel Punca Suspek Bunuh Mangsa – Kes Mayat Tanam Belakang Rumah
Semasa

Sebar Gambar Bogel Punca Suspek Bunuh Mangsa – Kes Mayat Tanam Belakang Rumah

by VOKALIS 04/01/2024 326

Tindakan mangsa bunuh menyebarkan gambar bogel rakan kepada suspek menjadi motif dirinya dibunuh dan ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, susulan itu polis telah menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Kredit: Harian Metro

“Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember hingga esok (Jumaat) bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, lima suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh.

Tambah Noor Ariffin, dua suspek lain dibebaskan dan mereka dijadikan saksi pendakwaan.

“Kesemua suspek dituduh di Mahkamah Selayang pada hari ini (Khamis).

“Motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut dipercayai dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya kira-kira jam 11 pagi 23 Disember lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.