THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Model Tikam Kekasih – Angkara Cemburu
 Model Tikam Kekasih – Angkara Cemburu
Semasa

Model Tikam Kekasih – Angkara Cemburu

by VOKALIS 12/03/2024 261

Kerana cemburu, seorang wanita model sambilan nekad menikam mati kekasihnya sendiri dalam sebuah rumah sewa di sekitar Rimbayu, di sini semalam.

Suspek bagaimanapun sempat membawa mangsa yang merupakan jurufoto sambilan ke sebuah klinik sebelum dipindahkan ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira pukul 7.25 pagi.

Kedua-dua pasangan kekasih tersebut berusia 26 tahun dan telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang doktor berusia 32 tahun yang bekerja di Hospital Cyberjaya telah menerima satu pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9.41 pagi.

Katanya, pengadu mendapati pesakit telah dibawa dari sebuah klinik swasta dan telah bertindak membuat bantuan penafasan (CPR) selama 30 minit, namun tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh

“Bertindak maklumat kemudiannya membawa penahanan seorang wanita yang merupakan kekasih mangsa di kawasan hospital tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati suspek yang merupakan warga tempatan itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan selain tidak mempunyai rekod lampau.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana mangsa telah berlaku curang dengan mempunyai wanita lain selain suspek.

“Hubungan cinta antara suspek dan mangsa adalah kira-kira tiga tahun,” katanya.

Ahmad Ridhwan menambah, suspek kini direman selama enam hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.