Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Muka Kacak Cuba Jadi Pak Lawak! – Filem Aksi Komedi Berjudul Klepet Tampil Tiga Hero Idaman Malaya 
 Muka Kacak Cuba Jadi Pak Lawak! – Filem Aksi Komedi Berjudul Klepet Tampil Tiga Hero Idaman Malaya 
Selebriti Semasa

Muka Kacak Cuba Jadi Pak Lawak! – Filem Aksi Komedi Berjudul Klepet Tampil Tiga Hero Idaman Malaya 

by VOKALIS 08/12/2023 1122

Produksi milik pasangan pelakon sejoli Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Respected Citizen bakal membawakan sebuah filem aksi komedi berjudul Klepet. 

Lebih menarik, filem itu bakal membariskan tiga hero kacak yang sedang hangat di pasaran iaitu Merqeen, Aedy Ashraf dan Nadhir Nasar.

Aeril berkata, genre berkenaan dipilih selepas melihat kepada sambutan terhadap filem seperti itu yang lebih menepati cita rasa penonton di negara ini.

“Kita nampak filem genre seperti ini yang boleh menarik minat penonton untuk ke panggung berbanding kisah berat.

“Klepet juga satu naskhah yang mahu menampilkan aksi menarik dengan suntikan elemen komedi,” katanya di samping Wawa di sisi.

Dia berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengapa tidak memilih filem yang berkisar kisah berat seperti drama yang pernah dilakonkan mereka.

Bercerita lanjut, Aeril berkata filem itu akan memulakan penggambaran pada bulan Disember 2023 dan dijangkakan tayangan pada Julai atau Ogos 2024.

Penggambaran akan dijalankan sepenuhnya di Melaka dengan kerjasama kerajaaan negeri serta diarahkan oleh Indra Putra atau Sanji .

Dia berkata pemilihan Sanji adalah berdasarkan dalam animasi dan CGI dalam serta luar negara termasuk Walt Disney UK, Salun Picture Canada, Nicklodean UK , Australian Broadcasting (ABC).

Wawa menambah dia dan Aeril juga bakal muncul dalam satu babak filem berkenaan.

“Tak banyak scene, sekali je saya muncul. Nantikan ya, maklumlah sibuk dengan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, kesemua hero filem berkenaan mengakui mereka berdepan cabaran untuk berlawak.

“Kami masing-masing akan memberikan yang terbaik dan cuba menjayakan watak kali ini,” kata Meerqeen.

Aedy dan Nadhir juga senada mereka bersetuju beraksi dalam filem berkenaan kerana selesa bergabdingan bersama ketiga-tiga mereka.

“Kehadiran Joey Daud juga membuatkan kami lebih yakin untuk beraksi dalam filem ini,” kata Nadhir.

Selain mereka, filem ini juga menampilkan Nami, Eric Fuzi dan pelakon baru Darina Porhun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 111

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 23

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 19

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.