Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zayn Rayyan Dibunuh – Terdapat Kesan Kecederaan Pada Leher Dan Badan
 Zayn Rayyan Dibunuh – Terdapat Kesan Kecederaan Pada Leher Dan Badan
Semasa

Zayn Rayyan Dibunuh – Terdapat Kesan Kecederaan Pada Leher Dan Badan

by VOKALIS 07/12/2023 723

Kanak-kanak malang berusia enam tahun Zayn Rayyan, seorang autisme yang ditemui meninggal dunia semalam, disahkan mati dibunuh. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan.

“Kita klasifikasikan kes bunuh. Kita percaya ada unsur jenayah,” katanya seperti dilaporkan media. 

Susulan itu, Hussein berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hussein menambah, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.

Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa. 

Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.

Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 9

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 11

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.