Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” – Lelaki Didakwa Membunuh Isteri
 “Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” – Lelaki Didakwa Membunuh Isteri
Semasa

“Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” – Lelaki Didakwa Membunuh Isteri

by The Vokal 01/07/2024 599

Batu Gajah: “Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” itu rintihan ibu mangsa bunuh, Rozita Radzuan, 56, sebaik tertuduh dibawa keluar dari lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, di sini, hari ini.

Rozita yang berjalan longlai dipapah ahli keluarga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan perasaan terhadap tertuduh yang juga menantunya itu.

Wanita yang mengenakan jubah berwarna gelap kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa meninggalkan kompleks mahkamah.

Terdahulu, tertuduh, Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Penganggur itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, di sini, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

Oleh yang demikian, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 20 Jun lalu, media melaporkan lelaki terbabit menyerah diri di balai polis jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Jelas beliau, mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman serta pisau.

Sumber: HMetro

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 48

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 59

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 62

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.