Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Berisiko – Keadaan COVID-19 Masih Terkawal
 Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Berisiko – Keadaan COVID-19 Masih Terkawal
Semasa

Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Berisiko – Keadaan COVID-19 Masih Terkawal

by VOKALIS 29/12/2023 503

Situasi COVID-19 di negara ini masih terkawal dan tiada varian baharu dikesan setakat ini. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan JN.1.

Kredit: Facebook Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

“Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes yang lebih teruk.

“Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Dzulkefly, kadar kemasukan pesakit dalam hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus setakat 17 hingga 23 Disember.

Dr Dzulkefly berkata, ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter tersebut masih kekal pada tahap yang rendah.

“Virus COVID-19 akan terus berada bersama kita, sama seperti virus salur pernafasan yang lain seperti influenza.

Kredit: Facebook Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan keseimbangan dari segi kesihatan dan kehidupan semasa musim peningkatan kes-kes jangkitan berjangkit,” ujarnya.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

“Kumpulan rentan seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik serta imuniti rendah adalah amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menggunakan pegangkutan awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar meneruskan tanggungjawab penjagaan kendiri (pemakaian pelitup muka di situasi yang memerlukan, melakukan TRIIS dan kemaskini status pada MySejahtera), melindungi golongan rentan dan mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berkaitan kes jangkitan saluran pernafasan termasuk COVID-19 di sumber yang boleh dipercayai,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 21

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 96

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 29

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.