Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pecah Rekod – Muhammad Asyraf Juara Terbuka Lelaki 104 KM UiTM Ultra
 Pecah Rekod – Muhammad Asyraf Juara Terbuka Lelaki 104 KM UiTM Ultra
Semasa Stadium

Pecah Rekod – Muhammad Asyraf Juara Terbuka Lelaki 104 KM UiTM Ultra

by VOKALIS 11/03/2024 609

Hanya mengambil masa 11 jam 56 minit, Muhammad Asyraf Ghazali menamatkan larian sejauh 104 kilometer (km) bagi acara Vol 6 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ultra 2024.

Muhammad Asyraf menewaskan 37 lagi peserta sekali gus menggondol gelaran juara kategori Terbuka Lelaki 104km.

Difahamkan, pelari berkenaan turut memecahkan rekod masa peribadinya pada siri lalu iaitu 13 jam 17 minit.

Tempat kedua bagi acara itu dimenangi Mohamad Akmal Mansur dengan catatan masa 12 jam 46 minit diikuti Mohd Fazlie Rosli yang menamatkan larian selama 13 jam 39 minit.

Juara kategori Lelaki Veteran 104km dimenangi Kamarul Ariffin Mohamed yang menamatkan larian dalam tempoh 15 jam sembilan minit.

Tempat kedua dimenangi Jeff Ooi dengan catatan masa 15 jam 13 minit manakala Mohamad Effandy Mat Saat tempat ketiga (15 jam 19 minit).

Bagi kategori Terbuka Wanita Vol 6 UiTM Ultra 2024, Syarifah Syazrah Syed Ab Mutalib menggondol gelaran juara dengan catatan masa 17 jam 17 minit diikuti Azzatie Intan Suraya Zamani (18 jam 57 minit) dan Noor Harzelyanis Sahar (23 jam tiga minit).

Bagi acara Wanita Veteran 104km, dimenangi oleh Natalie Dau yang menamatkan larian selama 12 jam lapan minit.

Tempat kedua pula dimenangi Vivian Shin Yiing Tong dengan masa 14 jam 42 minit dan tempat ketiga Norlela Ismail (14 jam 43 minit). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 63

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 64

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 66

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.