Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Pecat Pochettino – Pemain Desak Buang Jurulatih
 Pecat Pochettino – Pemain Desak Buang Jurulatih
Sedunia Semasa Stadium

Pecat Pochettino – Pemain Desak Buang Jurulatih

by VOKALIS 03/04/2024 599

Pergolakan kem pasukan bola sepak Chelsea terus panas apabila beberapa pemain mendesak pengurus, Mauricio Pochettino dipecat ekoran keputusan seri 2-2 menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge Sabtu lalu.

The Blues dianggap mencatat keputusan yang cukup memalukan apabila gagal memastikan tiga mata menjadi milik mereka meskipun berdepan Burnley yang beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh lebih 50 minit.

Kegagalan mencatat kemenangan menyaksikan juara Eropah dua kali itu terus gagal untuk melonjakkan kedudukan mereka ke dalam kelompok 10 teratas apabila menghuni tangga ke-11 liga dengan 40 mata.

Dalam pada itu, kritikan yang disuarakan pemain tengah, Cole Palmer terhadap aksi hambar The Blues turut menggambarkan bahawa Chelsea berada dalam situasi cukup sukar ketika ini meskipun sudah berbelanja lebih £1 bilion (RM5.92 bilion).

“Keputusan ini cukup buruk, ia tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila mereka (Burnley) beraksi dengan 10 pemain. Kami terlalu selesa dan ia seolah-olah ‘membunuh’ diri sendiri setiap minggu,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan Pochettino masih memiliki peluang sehingga penghujung musim ini kerana sebahagian besar pemain dilaporkan mahu pemilik pasukan memecat pengendali dari Argentina itu sebaik kempen 2023/24 berakhir.

Walaupun Pochettino beberapa kali menjelaskan sebelum ini bahawa beliau masih menerima sokongan daripada pihak pengurusan, namun Chelsea dikatakan sudah mula mengorak langkah bagi mendapatkan khidmat pengurus baharu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 29

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 73

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.