Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua malam di Kuala Lumpur November 2026
 Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua malam di Kuala Lumpur November 2026
Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua malam di Kuala Lumpur November 2026

by thevokal 20/12/2025 8

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia.

Konsert epik dua malam mereka yang sepatutnya berlangsung pada 30 April dan 1 Mei 2026 kini disahkan ditukar ke 19 dan 20 November 2026.

Apa yang menarik, semua tiket yang telah dibeli masih sah walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Malaysia kekal sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara yang bakal menjadi tuan rumah konsert dua malam berturut-turut.

Ini secara tidak langsung merupakan satu pengiktirafan terhadap permintaan tinggi dan populariti MCR di rantau ini.

Ramai peminat yang sudah lama menunggu berasakan detik ini lebih istimewa, kerana dua malam berturut-turut menjanjikan persembahan penuh emosi dan hubungan mendalam antara band dan peminat.

 

November Sebagai Pilihan Yang Tepat

Dalam landskap industri muzik global, bulan November semakin dikenali sebagai tempoh yang ideal untuk konsert berskala besar.

Dengan suasana hujung tahun yang penuh tenaga, perancangan jelajah yang lebih stabil, serta jangkaan peminat yang semakin tinggi, November sering melahirkan persembahan yang paling berkesan.

Bagi sebuah band seperti MCR yang terkenal dengan persembahan penuh emosi dan hubungan mendalam bersama peminat, November bukan sekadar tarikh baharu, tetapi satu masa yang tepat.

“Konsert hujung tahun lain macam Rasanya. Emosi dia lebih kuat,” kata seorang peminat di media sosial.

 

Tiket Sama, Energi Sama

Pemegang tiket tidak perlu melakukan sebarang tindakan segera. Semua tiket akan terus diterima dan sah untuk tarikh November, membolehkan peminat hanya menyimpan tiket mereka dan menantikan detik tersebut dengan tenang.

Dalam kalangan peminat, ramai yang memilih untuk terus memegang tiket dan menunggu bersama-sama sehingga November tahun depan. Ini sebenarnya satu tanda keyakinan yang jelas daripada para peminat terhadap konsert ini.

“Kita dah tunggu MCR lama. November memang berbaloi, ” luah seorang peminat.

Tarikh baharu ini juga dijangka menarik lebih ramai peminat dari seluruh Asia Tenggara, menjadikan Kuala Lumpur sebagai titik pertemuan peminat MCR dari seluruh rantau.

 

Detik Bersama Yang Dinanti

Walaupun tarikh asal konsert ini ditunda, keterujaan peminat tidak pernah berkurang.

Sebaliknya, penantian ini memberi masa untuk menghayati muzik, mengeratkan komuniti peminat, dan bersiap untuk hadir dengan semangat  pada bulan November.

“Tiket sama. Energi sama. Jumpa November, ” luah salah seorang peminat.

Maklumat lanjut, termasuk proses pertukaran tiket sekiranya berkaitan, akan dikongsi lebih oleh Hello Universe.

Buat masa ini, mesejnya jelas: konsert ini tetap berlangsung dan November sedang menanti. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 48

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau

by thevokal 14/12/2025 60

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk

Santai

Berkhatan sambil senyum? Teknik Al Farhain jadi

by thevokal 14/12/2025 28

Siapa sangka, pusat rawatan yang sejak dulu menjadi pilihan ramai ini kembali mencuri perhatian,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.