THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tidak Sengaja Tertekan Pedal Minyak, Kereta Dipandu Seorang Wanita Rempuh 99 SpeedMart
 Tidak Sengaja Tertekan Pedal Minyak, Kereta Dipandu Seorang Wanita Rempuh 99 SpeedMart
Semasa Sohor

Tidak Sengaja Tertekan Pedal Minyak, Kereta Dipandu Seorang Wanita Rempuh 99 SpeedMart

by VOKALIS 27/07/2023 315

KLANG – Seorang wanita dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta dipandunya merempuh sebuah kedai serbaneka di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan kerosakan pintu masuk utama premis berkenaan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mendapati kereta itu sudah beredar setibanya polis di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dipercayai tertekan pedal minyak dan hilang kawalan. Kereta yang dipandu mangsa kemudian terus meluru ke depan lalu melanggar pintu masuk kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, polis masih mengesan kenderaan dan pemandu terlibat yang masih belum membuat laporan kemalangan setakat ini dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terperosok di pintu depan kedai serbaneka tersebut. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.