Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella
 Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella
Semasa

Penemuan Rangka Manusia – Kakak Percaya Milik Arwah Bella

by VOKALIS 06/03/2024 554

Kakak kepada arwah Bella, Norhisham Samsusah, 36, percaya penemuan sebahagian rangka manusia di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ialah milik adiknya.

“Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.

“(Sebanyak) 90 peratus rangka ditemukan dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai,” kata susulan penemuan sebahagian lagi rangka mangsa.

Menurut Norhisham atau lebih mesra panggilan Ayu, dia baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan rangka itu oleh polis.

Katanya, dia dimaklumkan sebahagian rangka itu ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka Bella atau Mila Sharmila, 32, di dalam rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini.

“Kami bersyukur kerana hasrat mencari sebahagian rangka itu ditemui. Kami sangat berharap kesemuanya akan ditemukan sekali gus membuatkan kami tenang,” katanya.

Pada 26 Januari lalu iaitu dua hari selepas pengebumian Bella, kakaknya mendedahkan mereka sekeluarga menitiskan air mata apabila mendapati jasad adik tersayangnya tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Kejadian itu disedari ketika Ayu dan ibunya, Noraini Salleh, 55, memandikan rangka tidak sempurna itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, selepas ujian DNA (asid deoksiribonukleik) mengesahkan ia adalah Bella.

Dalam catatan di Facebook, Ayu memberitahu mereka sekeluarga terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella ketika dimandikan.

Dia memberitahu, tengkorak adiknya pecah disyaki dihentak objek tumpul, selain hanya tinggal sebahagian anggota hingga paras pinggul.

Susulan itu, keluarga arwah Bella memaklumkan mereka sudah membuat surat permohonan kepada polis untuk mencari sebahagian rangka yang belum ditemukan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 43

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 43

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 47

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.