Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pengampunan Najib – PM Sahkan Sudah Ada Keputusan
 Pengampunan Najib – PM Sahkan Sudah Ada Keputusan
Semasa Sensasi

Pengampunan Najib – PM Sahkan Sudah Ada Keputusan

by VOKALIS 02/02/2024 540

Lembaga Pengampunan sudah mempunyai keputusan berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Sudah ada kepastian (pengampunan Datuk Seri Najib).

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan Diraja,” katanya selepas selesai makan tengahari bersama rakyat di Medan Selera Pertama Kompleks, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan Najib dijangka dikeluarkan minggu ini.

Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.

Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 51

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.