Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja Dihadapi Safiey Illias Cacat – Peguam
 Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja Dihadapi Safiey Illias Cacat – Peguam
Selebriti Semasa

Pertuduhan Lakukan Komunikasi Seksual Terhadap Dua Remaja Dihadapi Safiey Illias Cacat – Peguam

by VOKALIS 24/07/2023 481

KUALA LUMPUR – Pertuduhan melakukan komunikasi seksual dengan dua orang remaja bawah umur menerusi platform Instagram yang dihadapi oleh usahawan kosmetik, Safiey Ilias disifatkan cacat.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pembelaan terhadap Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini.

Menurut peguam yang mewakili Safiey, Harjeet Singh Sidhu berkata pihaknya memfailkan bantahan awal terhadap dua pertuduhan itu kerana ia tidak memperincikan butiran komunikasi seksual dengan mangsa secara khusus.

Beliau berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk menyoal balas saksi-saksi dan menyediakan pembelaan kelak sekiranya tiada butiran khusus tersebut.

Harjeet turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menerima rakaman sesi perbualan di ‘Instagram Live’ serta rakaman daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang diambil daripada kedua-dua remaja berkenaan daripada pihak pendakwaan.

Justeru beliau memohon pihak pembelaan dan pendakwaan diberi masa untuk mengemukakan penghujahan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan berkata, pihak pendakwaan tidak mendapat sebarang notis bahawa isu bantahan awal itu akan dibangkitkan hari ini.

Nurfadzlin kemudian memohon agar mahkamah memberikan masa kepada pihak pendakwaan untuk mendapatkan arahan daripada Pengarah Pendakwaan Selangor dan menjawab bantahan awal itu.

Hakim Norhazani Hamzah kemudian mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 7 Ogos depan selain menetapkan tarikh keputusan bagi isu itu pada 24 Ogos depan.

Selain itu mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan selama empat hari pada 4, 5 dan 11 September serta pada 2 Oktober depan.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, didakwa berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang berusia 14 tahun ketika kejadian.

Safiey turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.

Keempat-empat pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa Sensasi

“Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol

by VOKALIS 30/08/2024 224

Sebagai seorang pendakwah, kesalahan rogol yang dilakukan oleh selebriti, Da’i Syed disifatkan tidak dapat

Selebriti Semasa

[V] Safiey Illias Terharu Dapat Lamaran Fizz

by VOKALIS 28/07/2023 394

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias melahirkan rasa terharu apabila dia dilamar

Selebriti Semasa

Pendakwah Firdaus Wong Beritahu Mahkamah, PU Azman

by VOKALIS 27/07/2023 286

SEREMBAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.