Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pupuk Bakat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni – Genius Aulad Jadi Pilihan Stesen Televisyen
 Pupuk Bakat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni – Genius Aulad Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Semasa

Pupuk Bakat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni – Genius Aulad Jadi Pilihan Stesen Televisyen

by VOKALIS 30/04/2024 686

Peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak Genius Aulad (GA), sentiasa memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni termasuk persembahan sebagai antara langkah mempersiapkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup.

Lebih menarik, murid-murid di GA juga sentiasa menjadi pilihan dan menerima undangan stesen televisyen utama bagi program bersesuaian terutamanya persembahan membabitkan kanak-kanak.

Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, GA memupuk bakat dalam pelbagai bidang seni seperti seni lukis, seni suara dan seni tari menerusi program Creativity, Physical Activity dan Science Craft.

“Pendekatan pembelajaran bertema (thematic learning) membantu mengasah kemahiran dan minda pelajar terutamanya dalam mempersiapkan diri bagi mempersembahkan tugasan-tugasan yang disediakan (melukis, menari, membaca, menyanyi, menghafal dan sebagainya), sama ada di dalam kelasmahupun semasa acara-acara tahunan Genius Aulad,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024.

Tambahnya, acara tahunan sekolah itu yang disusun iaitu Read It Right Challenge (RIRC), Cabaran Bijak Membaca (CBM) dan Little Ihtifal membabitkan persembahan pentas dan memerlukan kanak-kanak untuk berlakon, bernyanyi, membaca dan menari di hadapan penonton.

“Semasa waktu perhimpunan, kami mempunyai sesi Islamic Contents (10 minit) di mana kelas yang berbeza setiap minggu secara bergilir membuat persembahan yang terdiri daripada Teater Pembaca, Lagu, Cerita dari Al-Quran, dan Permainan Peranan

“Perkembangan bakat kanak-kanak di genius Aulad yang telah dikenal pasti akan dirangkumkan di dalam laporan prestasi mereka dan dikongsikan dengan
ibubapa secara berkala menerusi Report Card Pick-Up Day (RCPD) mengenai kemajuan anak-anak mereka,” kataya.

Terdahulu, mengulas mengenai Anugerah Francais Genius Aulad 2024, Zaliza berkata, anugerah berkenaan menandakan peristiwa penting untuk GA, mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rangkaian francais yang luar biasa khususnya dalam menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan jenama itu.

“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.

“Dengan semangat dan komitmen rakan kongsi francais dan seluruh keluarga Genius Aulad, ia akan dapat mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak,” katanya.

Dengan rangkaian 82 cawangan di dalam dan di luar negara, memenuhi keperluan lebih 80,000 pelajar, Genius Aulad turut menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global untuk Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah, Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) dalam Kategori Kecemerlangan Korporat untuk Pendidikan & Latihan, dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia Jenama Laureate dalam kategori Kepimpinan Perniagaan & Komuniti.

Zaliza menambah, GA juga berusaha mempersiapkan murid-murid mampu mempunyai kemahiran dalam hidup secara seimbang dengan mendedahkan kemahiran teknologi kepada kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia teknologi hari ini.

“Kemahiran asas seperti penyelesaian masalah dan kemahiran sosial juga penting untuk pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh.

“Kerjasama antara guru, ibubapa dan penjaga adalah penting untuk menciptadan membangunkan kurikulum yang merangkumi kemahiran teknologi dan hidup yang seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak mengikut peringkat.

Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad turut menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik dengan yuran francais hanya pada RM50,000.

Untuk maklumat lanjut peluang francais mampu milik dan faedah menjadi sebahagian daripada keluarga Genius Aulad, sila layari www.geniusaulad.edu.my atau hubungi business@geniusaulad.com.my. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 24

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau

by thevokal 14/12/2025 26

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk

Santai

Berkhatan sambil senyum? Teknik Al Farhain jadi

by thevokal 14/12/2025 17

Siapa sangka, pusat rawatan yang sejak dulu menjadi pilihan ramai ini kembali mencuri perhatian,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.