Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Rampasan RM181 Juta – Termasuk Hidupan Liar
 Rampasan RM181 Juta – Termasuk Hidupan Liar
Semasa

Rampasan RM181 Juta – Termasuk Hidupan Liar

by VOKALIS 09/02/2024 465

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai barangan tidak bercukai, minyak diesel bersubsidi serta hidupan liar bernilai lebih RM181 juta bagi tempoh 1 Januari lalu hingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan dijalankan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK).

Kata beliau, sebanyak 30 serbuan dan operasi termasuk Op Taring Alpha 1, Op Taring Alpha 2, Op Taring Bravo 1 dan Op Bersepadu Khazanah digerakkan di seluruh negara.

Datuk Seri Hazani Ghazali

“Dalam operasi itu, seramai 91 individu ditahan dengan pelbagai barangan tidak bercukai, minyak diesel bersubsidi serta haiwan dan hidupan liar dirampas yang dianggarkan bernilai lebih RM181 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Hazani memaklumkan pihaknya turut menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai menerusi tangkapan lapan individu dengan rampasan lebih RM98 juta di Kuching, Sarawak pada 6 Februari lalu.

Jelas beliau, barangan termasuk barang seludup bernilai RM98.7 juta di Kuching, Sarawak pada 6 Februari lalu.

Katanya, operasi itu juga dijalankan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak dan Polis Kontinjen Sarawak.

“Dalam operasi itu, kami menahan lapan individu termasuk seorang lelaki warga asing dan merampas lebih 40 juta batang rokok pelbagai jenis, 44,325 peti minuman keras jenis bir dan 391 kotak minuman keras jenis liquor.

“Selain itu, kami turut merampas sebuah van, sebuah trak angkat susun (forklift) serta lima telefon bimbit pelbagai jenama dalam serbuan berkenaan.

“Keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM98.7 juta dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, PDRM sentiasa komited dalam memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi supaya tidak berlakunya ketirisan hasil negara.

“Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa amat digalakkan supaya kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 218

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.