Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sah bercerai… ‘Saya perlu bekerja keras demi anak-anak’ – Dayana Roza
 Sah bercerai… ‘Saya perlu bekerja keras demi anak-anak’ – Dayana Roza
Selebriti

Sah bercerai… ‘Saya perlu bekerja keras demi anak-anak’ – Dayana Roza

by thevokal 26/12/2025 67

Selepas lima tahun bergelar isteri usahawan A’dale Adham Ayahudin, pelakon Dayana Roza, 34, mengesahkan beliau sah bercerai sejak 18 Disember lalu.

Memetik laporan Kosmo, kelibat Dayana, atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin, kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak untuk menghadiri prosiding perceraian.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat di media sosial mengenai penceraiannya sehingga kini.

“Ya, memang saya hadir ke mahkamah untuk proses cerai. Kini saya sah bercerai talak satu dan sedang menjalani tempoh idah,” katanya ringkas.

Dayana mendedahkan hubungan mereka sebenarnya sudah berada di ambang perceraian tahun lalu.

“Saya beri peluang kedua untuk pulihkan keadaan, tetapi nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya dengan nada sebak.

Memiliki dua anak kecil, Dayana berkata beliau akan menumpukan perhatian kepada mereka sambil kembali aktif dalam lakonan.

“Saya perlu bekerja keras demi anak-anak. Insya-Allah jika ada tawaran yang sesuai dengan waktu, saya akan terima. Sebelum ini saya banyak menolak tawaran lakonan demi keluarga, tetapi kini fokus saya adalah membesarkan anak-anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2.

Perceraian ini menutup babak lima tahun perkahwinan mereka, meninggalkan kisah kasih yang penuh cabaran. – THE VOKAL

Sumber: Kosmo Online

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 221

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.